Monday 12 March 2012

Just a photo #Chapter 1

Assalamualaikum.



ok-babai-peace-tunjuk-gigi

ala-ala gitu

Ok, ignore the title.

Assalamualaikum.

Cuma nak bagitau, blog i dah pink-pik gituw. *mulut muncung 1 meter*. cantik kan? huahua. padahal memang design yang ada dalam blog ni. just pegi design jew. alaa, malas la i nak kusut-kusut kan minda i yang tengah free dan bersih ni mencari atau membuat header ka, mencantikkan blog ka. adehh. malas nak sibuk. yang penting, isi nya.

tapi kalau jarang update susah jugak.

ok, fine. berlari-lari anak masuk bilik. merajuk.

ok-babai.

Thursday 23 February 2012

#Fact 2

Assalamualaikum.

wohoo.baru la upadate blog ni.kesian dierr nda kena lawat. tehee. ni nak crita sikit pasal fakta-fakta yang aku jumpa la ahh.act aku belum sempat lagi mau research pasal benda-benda ni. kalau aku jumpa setiap orang kat dunia ni, mungkin baru aku boleh buat kesimpulan kali ahh.hehe. apa yang aku post semua ni, semuanya yang berkaitan dengan keadaan sekeliling. fakta depan mata tu wehh. kau ada? haaaa. ni kesinambungan tentang fakta yang aku post hari tuuuuu.

Ni aku nak cerita la pasal orang yang malu. bukan malu apa, tak pakai baju ke, tak pakai seluar ke, tak de gigi ke. ehh ehh. takde kaitan ngan semua tu. cerita pasal orang Muslim pakai tudung dan non-Muslim punn pakai tudung. bukan aku nak kata aku ni bagus sangat doh, tapi kita yang nampak sikap orang tu, nampak macamana perangai dierr. kadang-kadang dia tak perasan, tapi kita yang perasan kan kan kan.^_^

nak cerita pasal Maulidur Rasul harituu. ktorang pegi majlis tu lah kann. so, dah nama Maulidur Rasul, kena lah tutup kepala tu. hormat la sikit kann. aku nda pa laa. memang pegi kerja pakai tudung punn. langkah pertama untuk pakai tudung kan? hehe. so, ktorang duduk paling depann tauu. semangat tu mesti ada. tapi apa yang aku macam kecewa sikit. bukan sikit tapi banyak, duduk kat belakang tauu. padahal sama jabatan je kot. kenalah duduk setempat, nampak sikit semangat antara satu sama lain kann. dah la tudung selaras, pakai tudung express. bestt sebab free. ok ok.back to the main point. dah nampak selaras, so duduk tu kalau boleh selaras juga kan. ni nda. ada duduk depan, belakang. aku tengok jabatan lain semua duduk setempat. best ah nampak semangat diorang tu.

so, apa yang aku nak cakap is ktorang memang duduk depan. pa yang aku sedih, yang orang non-muslim pakai tudung duduk kat depan. sama ngan ktorang. best laa. tapi orang yang Muslim ni pula, duduk kat belakang. sebab apa? MALU. malu kenapa? diorang pegi kerja tak pakai tudung. so bila dah diharuskan pakai  tudung pegi Majlis tu, rasa malu pula nak pakai tudung. lucu kan?

aku respect ngan  staff non-Muslim ni sebab diorang ni lagi nampak semangat tau pakai tudung. siap ambik gambar pula tu. kalau aku nampak diorang muslim tu, kalau boleh nak bersembunyi bawah ketiak kawan diorang tu sebab takut orang nampak, malu pulak daa. -.-'

even diorang tak tunjukkan sangat tapi orang perasan kot. sebelum majlis tu start pun dah macam bising-bising sebab perlu pakai tudung. haaaa, padan muka. kata remeh la, leceh la pakai tudung. macam laa susahkan hidup ngko. memang akan susahkan hidup engko tapi bukan di dunia. :)

aku tak kata diri aku bagus, tak kata diri aku ni tak bagus. tapi kadang-kadang orang yang nampak diri kita ni macamana. even kita tak tau sebenarnya sikap tu kita ada kan. ada juga yang aku nampak, sekejap pakai tudung, sekejap nda. kalau mau pakai, jangan buka-buka lagi. adudui. ni pakai tudung sebab nampak orang lain cantik pakai tudung, so nak rasa diri tu cantik ka tidak pakai tudung. ataupun ada juga yang pakai tudung ni sebab trend. macam-macam tudung dah skrg kann.

so aku just nak share fakta yang memang ada di sekeliling aku ni. tapi fakta eh semua ni? memang laa. lol. aku pun tak pakai tudung. dan insyaAllah, hati aku PASTI akan terbuka pakai tudung. Full-time pakai hijab.  cuba baiki diri dari semasa ke semasa. berusaha untuk menjadi lebih baik. perbaiki akhlak dan sikap, berbuat baik, InsyaAllah, orang akan pandang kita dengan baik juga.

well, that's it. isi nda cukup padat just nak luah apa yang ada dalam kepala hotak aku ni. maklum update kat ofis memang macam ni kot. haha. berterabur  sikit. ok then. gtg. i'll update soon. see ya. peace-tunjuk-gigi

#np Irreplaceable wuwu

Thursday 16 February 2012

Maulidur Rasul

Assalamualaikum. tehee.

kita bersua kembali. aiseyyman. ni nak cerita sikit pasal Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMS Tahun 1443H/2012M. mak aihh.detail gtuu. nak share sikit pasal faedah @ ilmu yang aku dapat sepanjang majlis berlangsung. :)

ktorang masuk jam 8 am macam tu. act masuk kol 7.00 - 7.30 tapi biasa la. janji melayu memang begitu. haha. belum masuk lagi, dah boleh rasa aircond tu sampai kat luar. mak aih aku rasa aku tengah tidur sambil berjalan. muahaha. bila dah masuk event belum start lagi. sebab kaum Adam tengah berarak. nda tau la kenapa kaum Hawa ni tidak berarak. pembaharuan la katakan. so tunggu kat dalam dewan ja la.

bila ja acara start, mata ni pun manja sangat. aduihh. ucapan alu-aluan memang ubat tidur yang sangat hebat dan kuat untuk aku. hoho. tapi sampai ja ceramah perdana daripada Ustazah *aku pun x tau nama dia* hehe. sorry. tak ingat nama dia. yang penting dia sangat aktif kat Penang dan berdakwah di sana. best kan? sampai ja dia bagi ceramah memang best tauuu. ketawa-pecah-perut. memang best.

ada salah satu ayat dia yang aku suka *kalau nak suruh anak-anak kita sembahyang, jangan 'suruh'. kita 'ajak' dorg sembahyang bersama-sama. InsyaAllah, mereka akan ikut'. adasatu perasaan yang timbul dia ceramah hal-hal macam ni. ceramah dia lebih kepada pasangan yang sudah berkahwin. tapi untuk orang-orang yang belum berkahwin ada juga. :)

'keseksian lelaki bukan terletak pada muscle nya, ataupun rambutnya, ataupun badannya tapi keseksian lelaki terletak pada suaranya dan kata-katanya'. word ni pun aku ambil. mungkin susah aku nak explain benda ni kat blog, tapi aku nak bagitau pasal benda ni, memang best sangat. memang aku ngaku, seksi lelaki memang daripada suaranya. lembut. kan? hehe. every guy memang macam tu. sebab tu lah dorg terkenal dengan ayat-ayat manis. pendek kata, seksi. hahaha.

jadi semua perempuan yang ada di luar sana, jangan terlalu terpedaya dengan kata-kata lelaki. ok, memang tak salah kalau percaya cuma berpada-pada. jangan sampai terjerumus pula kan. kita tau dorg memang akan jaga kita, sayang kita, tidak akan tinggalkan kita. kita boleh percaya dengan tu tapi jangan terlalu. sebab percaya kepada Allah swt 100% adalah lebih baik. insyaAllah, kalau itu memang jodoh kita, memang akan kekal.

apa kau merepek ni?

bukan merepek tapi perkara yang betul. kalau dulu, memang aku nda percaya dengan benda-benda ni. 'kalau ada jodoh, ada la tu'. ''kalau ada jodoh, kita akan dipertemukan juga'. tapi sebab aku percaya dengan Allah swt, InsyaAllah akan dipertemukan juga 1 hari kelak. manatau jodoh aku dengan Aaron Aziz kan. MANATAUU. lalalalala~

so itu ja la nak share. part belakang tu nampaknya dah out-of-topic kan. tehee. nvmind i find someone like you. ehh ehh. salah. nevermind la ek. agak boring? please click [X] yerr.  i just nak share dengan blog ni act. aku tak suka sebenarnya nak publish post aku dengan orang lain sebab bagi aku, blog ni umpama diari hidup aku yang private. aku kan nda suka menulis. hahaha. sebab tulah i prefer untuk menulis-type dalam blog. hehe. kalau org jumpa blog aku, jumpa la. aku takkan publish link blog aku everytime aku update. sebab? dah aku tak suka. aku blog apa yang aku nak share, bukan semata-mata nak dapatkan popularito.

its awesome bila kita dapat share kat dalam blog ni. tapi lain orang lain cara. manatau orang yang suka publish link blog just nak share kan dengan orang lain. tapi bagi aku, kalau boleh blog ni hanya untuk tatapan aku. aku dah post link blog aku kat group blogger pmu tu. hahaha. act tanak sebenarnya. justt nak bagtau link blog aku dah bertukar. nanti kalau buka link lama, x dapat pula kan.

ok, gtg. i feel like i want to eat you. so better go. muahahaha *evil laugh


Monday 13 February 2012

Materialistik @ Cinta

Assalamualaikum kum kum. versi mila. alaa, yang dalam astro first tuu. :D

Nampak title? Mendalam sangat maksud tu. aku nak share sikit pasal. benda ni. fokus untuk orang-orang yang tengah hot-meletupp bercinta, tunang dan terutamanya, BOLD & ITALIC kan terutamanya tu untuk orang yang nak berkahwin tetapi perlu mencari pasangan yang bersesuaian dengan diri masing-masing.

Materialistik @ Cinta? kalau orang yang dapat berfikir kepentingan antara dua benda nih, memang akan memilih dua benda u. Materialistik tu, lebih kepada uang ataupun duit. tak kisah la duit syiling ka,duit kertas, dah nama nya duit memang duit la juga kan. ok, emo skit.

so, maknanya atara duit dan cinta la kan?

Mostly orang akan pilih cinta. sebab apa?
# sebab duit bukan segala-gala la weyy. bukan dapat membahagiakan ko pun kalau tak cinta.
#duit tak bawa pegi mati ponn. ko bawa kain kafan jak ponn.
#dui tu tak penting, yang penting CINTA antara dua insan.

aiseyymann, ayat-nak-mampuss. maksud aku buat # tu tadi, antara komen-komen orang yang aku dapat la. tehee. itu pemikiran yang orang lain la kan. tapi bagi aku, aku pentingkan kedua-dua benda tu.

YES, kita kadang-kadang perlukan sifat Materialism dalam diri kita. faham maksudnya? i mean, bukan lah kita ni orang yang pentingkan kebendaan or orang yang tidak sanggup hidup miskin, tidak sanggup hidup susah. aku pun hidup susah gak. pernah rasa susah, penah rasa hidup susah. tapi bukan sebab aku pernah hidup susah, so aku mesti jadi perempuan yang materialistik. BUKAN.  cuma

Cinta dan Duit itu perlu balance untuk hidup.

katakan tiada cinta dalam hidup tapi kita ada duit. happy? mesti tidak. katakan juga tiada duit dalam kehidupan, cuma ada cinta. tetap kita merasa susah. happy? mesti tidak. sebab kita mesti fikir masa depan anak-anak. kalau tiada duit nak bagi sekolah anak-anak, takkan happy kot? tak logic siot. hahaha.

tapi lain orang, lain cara. kalau dah jodoh dia macam tu, takkan nak elak. cinta separuh mati tapi tiada duit untuk hidup. ada jugak orang kata, 'kita boleh hidup sama-sama biarpun hidup susah macam ni, dapat jugak teruskan hidup.' aku tak kata, pilih cinta tu kolot. aku tak kata pilih duit tu kolot. dan aku juga tak kata, pilih duit dan cinta tu sangat kolot.

pilih kedua-dua sama pentingnya. tapi kalau Allah dah tentukan perjalanan hidup aku yang lain, bersyukur itu mesti ada. takkan nak merungut? lain aku rancang, lain pulak jadinya. haaaa, boleh ka macam tu? tak boleh yerr. tapi bila kita ada kedua-dua benda tu, bahagia memang ada. cuma kita perlu mensyukuri apa yang ada. jangan pulak jadi orang yang mudah lupa sebab benda tu semua hanya sementara. kan? ^_^

so, kalau kamu rasa aku ni mengada-ngada sikit cerita pasal benda nih, mana-mana la. rasa meluat sampai nak bunuh diri, baik takyah. dosaa tau. hahaha. cuma nak share sikit, tak lebih pun. ini adalah REALITI KEHIDUPAN.

jadi, berpada-pada apabila menggunakan wang. pakai dan gunakan untuk benda yang baik. dan juga berpada-pada juga apabila bercinta. jangan kita lalai dalam dunia ni, sebab kita cuma meminjam dunia ni. bukan hak milik kita. termasuk duit, benda-benda hak milik kita, sebab apa yang kita bawa nanti hanyalah iman&ilmu dalam diri dan juga kain kafan. kan?

sesungguhnya cinta kepada Allah swt adalah lebih afdal. :)
bercinta lepas kahwin memang bagus. pandai-pandai la fikir macamana nak pilih pasangan hidup korg. sebab apa yang paling penting bagi aku adalah orang yang dapat membimbing aku ke jalan yang betul. kan?

#aku rasa aku emo sangat hari nih. nak tutup muka dulu pakai blanket. ok bai!

Sunday 12 February 2012

#Fact 1

Assalamualaikum. tehee. *tunjuk-gigi-yang-tersusun-rapi

Hari ni nak cerita sikit pasal fakta yang memang orang buat dalam kehidupan, I mean tabiat manusia yang memang tak lepas samaada sedar, ataupun tak sedar. boleh jadi juga buat-buat tak sedar.muahehe

ok, memang orang sedar fakta ni. ada juga yang separuh sedar. ada jugak yang nda sedar-sedar. fakta tu dinamakan *show off*. penah dengar? lembab nya engko. tinggi diri, menunjuk-nunjuk. even kita rasa kita tak show off tapi kadang-kadang bila ada orang pemikiran yang jaaaaauuuuhhhhh kan, *mak aih panjangnya ayat* #macam aku la.tengah angkat-angkat kening sekarang# ekekeke, memang akan berfikir pasal benda ni.

*ishh, show off tul la orang nih. setakat kena hantar balik oleh boyfriend kau pakai mini cooper atau BMW baik takyah nak post kat fb* cth : bestnyer kena hantar sayang/honey/baby/dear/hubby/chubyy pakai mini cooper dia.cantik siott kereta boyfriend aku tu. KAU ADA??*

*mak aih, show off laa.kena cakap macam artist terus-direct-straight buat DP kat fb kau.combine lak pict tuh.*
mau pi toilet berak jap.-.-'

itu dikatakan show off yang over gila. haha. contoh lain, bila kita ada something yang baru, mesti gatai-gatai tangan ni tekan button *upload pic* kat fb tuh. haa, secara-separuh-sedar, memang kita show off. haku sedar diri la, penah gak aku macam tuh. tapi show buku belajar pun kira show off ke derr? TAPI, show off macam tu boleh dikatakan show off yang-tak-over. ada ek macam tu? kecuali ada la kadang-kadang caption dia macam ni,

"Ehh, benci aku dengan GALAXY TAB/IPAD 2 aku ni. harga dia rm2+++ bla bla bla. mau minta kurang agak nipis gak muka aku ni. tapi its ok laa. takper. yang penting aku suda beli guna duit bapak haku"

ATAU

"ishhh. Iphone 5 yang baru aku beli, tak best pun. aku beli rm2+++.

ATAUPUN

"fulamakkk, aku test bawa BMW tadi.nda best pun. ok lagi aku bawa MERCEDES BENZ yang aku bawa baru-baru ni"

then, i was like OMG seriously? so what ko bawak BMW ka, HONDA CRV ka, kereta kambing, lembu, kerbau, semua kau bawa ada aku kisah? Ok, mungkin aku sorg je kot yang tak kisah an.

Untuk bab Iphone dengan galaxy tab or gadget yang orang tu beli, ehh silap. bapak dia beli tu, tu duit bapak engko la. yang ko pegi publish guna duit bapa kau buat apa? nak bangga buat apa? lain la cerita kalau kau beli guna duit kau sendiri kan. bila tengok, masih pakai baju sekolah, masih budak mentah. and 1 lagi, nak mention pasal harga ipad tu, takyah la. macam la orang tak tau. makcik yang jual sayur kat pasar lama pun tau. -.-'

ok emo sangat nih.

so, aku rasa la kan, tak perlu lah show off untuk benda-benda macam tu. boleh memang la boleh cuma tak perlu show off sangat. kalau ko nak upload pic ko kat london ka, austria ka, its ok as long as u tak la terlalu show off-nak-mampuih. tapi tulah, fakta begitu orang bukannya dapat elak. takkan kiter lak nak sibuk-sibuk  cakap "ehh, perlukah ko buat caption macam tuh? buat malu derr" then dia reply "ko pahal? suka hati aku la nak letak apa. lappy aku, keyboard lappy aku, tangan aku. sibuk tu pahal derr?" then aku? tak dapat reply sebab over-speechless. hahaha. *hambekk mu.

itu laa yang dinamakan fakta.setiap orang memang ada perasaan nak show off. aku ngaku ada. tehee. cuma membezakan, cara yang over dan tidak over. so, i'll update my blog later. ada kesinambungan fakta-fakta yang aku jumpa. bahaha. post ni pun dah panjang. ntah papa ntah. isi pun nda fix, tak best pun. sebab tu follower pun belum ada lagi. ahahaa.

ok, gtg. esok kerja. lame ow. -.-'
peace-tunjuk-gigi

Friday 10 February 2012

TGI(S)

Assalamualaikum pembuka kata. tehee.

TGIS? what? selalu orang akan kata TGIF tapi aku pulak nak kata TGIS. muahaha. sebab aku suka saturday. boleh tidur puas-puas, boleh online all the time, boleh download lagu

DAN

lupakan assignment semua. bahahaa. -.-'

ok. tak lucu TAPI memang aku suka saturday. hari yang paling malas untuk golongan orang-orang yang selalu menantikan hari sabtu. OR? aku sahaja orang itu. ok, fine. my mistake. lame.

TGI(S) is not stand for Sunday or Sunny or watever! S is stand for Saturday. hari yang boleh jadi malas ATAUPUN hari yang boleh jadi rajin. sebab?

#1 : kalau saturday, baca balik perenggan yang pertama. malas nak re-type. teehee. plus, chilaxx *ayat mahal*,  dan boleh juga tengok wayang hindustan. kat rumah. layan sama mami i. perghh

#2 : boleh juga jadi rajin, tidak boleh buat kesemua perkara di atas. sebab assignment yang berlambak-lambak. hey u, jangan senyum. ketawa boleh. #jadi muka hairan. time LI ni pulak kena suruh buat assignment, report lagi, journal lagi, buku log lagi, lagi dan lagi.

tak boleh tengok orang senang ek? makan kuku kambing cecah belacan memang perghh nak tak?

tapi tulah orang kata, nak success mesti lah rajin kan? :)

ehh ehh, hari ni ada wayang best laa. wayang hindi. haaaa, nak layannn. bahaaa. so i dah boleh masuk dalam sebab yang #1 tadi. hahahaha. ok, tak lucu.


#online sambil tengok cerita hindi memang awesome dan lupa hal-hal assignment. muahaha.

ok gtg.

#first post

Assalamualaikum.

Ni post pertama aku utuk blog yang baru dibuat.blog ni umum, sesiapa sahaja boleh baca, #tak kisah pun kalau kambing nak baca sekalipun.muahehe. blog baru? yes! muka baru? yes! style baru? yes of course! BOYFRIEND BARU? yes! ehh, mulut kena fire dgn ironman baru tau! of course NO!

well, ignore statement hujung tu. tiada kaitan

so, semua pun serba baru. nak ikutkan aku badan aku ni nak serba baru juga. maklum kurus-yang-boleh-lah-cantik. nak baru tu, badan ni biar berisi sikit. so kira nak baru la tu kan. huahua.*kalau makan tak kuat baik lupakan niat tu.

ok stop. mata tutup, tunjuk highfive dengan jarak 1 inci.boleh bayangkan.
kenapa aku perlu mention benda ni? ok, buat sekali lagi highfive.

aku buat blog baru ni sebab aku rimas tengok blog aku tu. eh eh boleh ka macam tu? boleh la. -.-' ntah la kenapa. sakit mata aku tengok. nak ubah pun, biar ja laa. better buat baru. so semua pun serba baru. aiseyman.

tengah dengar lagu ombak rindu. sob sob. ok sekali lagi tiada kaitan

OHH..

aku masuk bilik nangis.vaallaaa. -.-'